Utama

‘ANIMASI PELAJAR KKTM MENANGI BEST CREATIVE AWARDS DI PERTANDINGAN ANTARABANGSA’

KKTM Rembau│26 Ogos 2016

Pelajar bersama mock check bernilai USD 10,000.00 yang dimenangi bagi kategori ''Best Creative Awards''.

 

TAIWAN, 26 Ogos –  Jelas sekali rezeki sekumpulan tiga orang pelajar Diploma Program Filem dan Animasi Digital KKTM Rembau yang pernah menjuarai pertandingan pada peringkat IPTA/IPTS Jun lalu tidak terhenti di situ sahaja malah telah memenangi tempat kedua bagi Kategori ‘Best Creative Awards’ di Pertandingan Asiagraph Reallusion Award 2016 yang berlangsung selama 48 jam tanpa henti.  Pertandingan bertemakan ‘HERO’ itu telah berlangsung di Shih Chien University Taipei, Taiwan Taiwan pada 23 hingga 25 Ogos 2016 telah membawa balik hadiah berjumlah USD10,000.00.

Menamakan pasukan mereka sebagai I Mation yang dianggotai oleh Mohd Kamil bin Mhd Yatim, Rukaini bin Razlan dan Muhammad Ridzuan bin Abd Mutalib telah mengaplikasikan kemahiran serta kreativiti tersendiri di bawah bimbingan Encik Mohd Fariz bin Ab Aziz, Ketua Program Filem dan Animasi Digital, KKTM Rembau.

Turut bersaing di dalam pertandingan tersebut ialah pasukan dari negara Korea, China, Indonesia, Jepun, Thailand dan Taiwan.  Lain-lain kategori pertandingan ialah ‘Best Film Awards’ dimenangi oleh China,  ‘Best Director Awards’ oleh Jepun, dan  Taiwan yang memenangi dua kategori iaitu ‘Best Noitom Best Motion Capture’ dan ‘Best Outstanding Works’.

‘Pertandingan seperti ini bukan sahaja mencungkil kreativiti dan daya imaginasi kami malah turut memberi peluang dan ruang kepada kami untuk bersaing di persada antarabangsa’ kata salah seorang dari pelajar tersebut.  Mereka dijangka kembali ke tanahair pada 28 Ogos 2016.

 

Paparan Facebook