Utama

‘70 Penuntut Tahun Akhir Pamer Kemahiran’

 IKM Sungai Petani│20 Disember 2016


Mahzan Teh (tengah) merasmikan program Graphic Design Showcase 2016 sambil diperhatikan

 Pengarah IKM Sungai Petani, Nuriman Yusop (kanan) di Mydin Mall Taman Batik, Sungai Petani Kedah baru-baru ini. 

 

SUNGAI PETANI 20 Dis. – Kira-kira 70 pelajar tahun akhir jurusan grafik di Institut Kemahiran MARA (IKM) berpeluang menunjukkan kemahiran masing-masing dalam program Graphic Design Showcase 2016 di Mydin Mall Taman Batik di sini baru-baru ini.

Penyelaras program, Raja Kamarulzaman Raja Zainun berkata, pe­nganjuran aktiviti itu adalah bagi mem­pa­merkan hasil cipta pe­nuntut tahun akhir dalam jurusan grafik.

“Boleh dikatakan setiap karya yang diha­silkan adalah unik, kre­atif dan berkualiti. Selain itu, kita turut mempamerkan pe­ra­­bot yang juga di­buat pelajar IKM Su­ngai Petani. Orang ra­mai boleh mem­beli terus barangan­ yang dipamerkan atau mem­buat tempahan.

“Dalam pada itu, menerusi pro­gram ini kita juga turut me­nga­dakan pelbagai aktiviti ter­masuk per­tandingan mewar­na kategori kanak-kanak bawah enam tahun, 12 tahun dan terbuka,” katanya di sini baru-baru ini.

Sementara itu, salah seorang penerima anugerah, Muhammad Syamin Usri, 19, berkata, dia tidak menyangka terpilih sebagai menerima anugerah tersebut kerana merasakan banyak rekaan lain yang juga kreatif dan unik.

“Ini adalah kenangan ma­­nis buat saya dan diharapkan anu­gerah ini akan menjadi pendo­rong untuk menghasilkan le­bih­ banyak rekaan menarik dan kre­atif bagi merealisasikan impi­an sebagai se­orang pereka,” katanya.

Seorang lagi pe­ne­rima anu­gerah, Mu­ham­mad Ridhwan Mus­taruddin, 19, mem­­beritahu, ilmu yang diperoleh setelah belajar hampir dua tahun di IKM Sungai Petani akan dijadikan panduan untuk terus berjaya dalam bidang grafik.

“Mungkin ini re­zeki saya sebagai me­nerima anugerah itu dan rancangan saya se­­lepas ini adalah un­tuk menyambung pe­nga­jian di peringkat dip­loma pula bagi merealisasikan cita-cita saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pe­­ngarah Bahagian Ke­ma­hiran Teknikal (BKT) Majlis Amanah Rakyat (MARA), Mahzan Teh ketika ber­­ucap berkata, menerusi ke­mahiran yang dimiliki ketika mengikuti kursus di IKM akan membolehkan mereka bekerja sendiri.

“Pelajar lepasan IKM sebenarnya boleh menjadi usahawan hebat menerusi kemahiran yang mereka miliki.

“Saya amat berharap ma­syarakat kita dapat mengubah persepsi negatif dan tidak lagi memandang rendah terhadap pelajar lulusan IKM,” katanya.

Paparan Facebook