Utama

‘Duit Boleh Dicari, Allah Tahu Mana Yang Terbaik Untuk Diri Ini'

18 Mei 2017 

Mohd Nur Firuz Che Daud, Pengarah Empayar KTE Sdn. Bhd. - Ikon Usahawan MARA (IKM Beseri - Sijil Penyejukbekuan dan Penyaman Udara 2003 - 2004).

 

Siapa sangka pemuda yang menganggap dirinya gagal mampu merealisasikan hidup untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Anak bongsu yang berumur 31 tahun ini, , berasal dari Terengganu, tidak menyangka perubahan pada dirinya mampu menjadi seorang yang berguna kepada keluarga dan masyarakat. Graduan dari Institut Kemahiran MARA (IKM) Berseri, 2003-2004 ini, menamatkan pengajiannya selama 1 setengah  tahun dalam bidang Sijil Kejuruteraan Penyaman Udara Dan Penyejukkan (SPP). Minatnya dalam bidang kemahiran, mampu mendorong beliau mengasah bakatnya dalam bidang yang diceburi.

Selepas tamatnya SPM, Mohd Nur Fairuz Che Daud melangkah jauh menimba pengalaman di Gombak, dengan bekerja selama 6 bulan  di syarikat kecil, iaitu di Syarikat Auto Sdn Bhd di Batu Caves, Selangor. Pengalaman bekerja di situ hanya bertahan selama 6 bulan, dan di sinilah bermulanya detik-detik kejayaan , dimana beliau mendapat tawaran kemasukan ke IKM Berseri pada usia 18 tahun. Pada mulanya, beliau tidak berminat untuk belajar, tetapi oleh  kerana desakan dari ibubapa tercinta, beliau melangkahkan kaki untuk meneruskan hasrat orang yang tersayang. Kesedaran mengenai hala tuju hidupnya bermula pada semester 2, dimana, beliau mula didedahkan dengan alatan-alatan dan kemahiran yang diajar di IKM. Minatnya dalam kemahiran membuatkan beliau merasa dirinya mampu meneruskan cita-citanya di laur sana.  Selepas tamat pengajian di IKM Berseri, beliau kembali semula ke Gombak, dan disini, beliau bekerja secara sambilan selama 6 bulan bagi meneruskan hidup dengan menggunakan apa yang dipelajarinya di IKM dahulu.

Bermula dengan menaiki motosikal RXZ dan bermodalkan hanya RM50.00, beliau membuka ruang kepada dirinya untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Perniagaan yang pertama dibuat adalah memberi perkhidmatan membaiki penghawa dingin di pejabat-pejabat di sekitar kawasan Selayang. Beliau memberi jaminan bahawa segala perkhidmatan yang dilaksanakan oleh beliau mampu dilaksanakan dengan baik, dan ini membuatkan ramai orang di luar sana mempercayainya dan seterusnya perniagaan beliau semakin hari semakin maju. Setelah 6 bulan beroperasi , rezekinya dilimpahi dengan beliau membuka sebuah kedai di Batu Caves, Selangor.

Baginya istilah untung rugi adalah perkara biasa dalam dunia perniagaan. Beliau pernah menghadapi kerugian yang besar disebabkan pecah amanah oleh rakan kongsi. Beliau tidak melenting, tapi hanya mampu berdoa kepada Ilahi, baginya, “Duit boleh dicari, Allah tahu mana yang terbaik buat diri ini”.  Walaubagaimanapun , prinsipnya diberkati oleh Allah swt, dimana, sekarang beliau telah mempunyai 3 syarikat, miliknya sendiri dan salah satunya sekarang berada di Shah Alam.  Beliau sekarang menguasai bidang perkhidmatan servis penghawa dingin, bidang perkapalan, perkhidmatan permasangan syarikat telekomunikasi dan pengurusan majlis.

Siapa sangka, dengan bersikap rendah diri dalam keluarganya, beliau mampu menjadi usahwanan yang berjaya. Dan siapa sangka, selain bakat kemahiran, beliau juga salah seorang tenaga pengajar silat gayung di beberapa institusi seperti di sekolah-sekolah sekitar Gombak, dan terbaru di UNIKL.

Dengan harapan yang jitu, dan sentiasa percaya pada diri sendiri, beliau kini bukan sahaja seorang usahawan muda malah seorang anak jati Malaysia yang memartabatkan kesenian silat gayung di serata dunia.

Paparan Facebook