Utama

 AGI HIDUP AGI GELABAN!

WorldSkills Malaysia Sarawak (WMS) 2017 merupakan pertandingan kemahiran peringkat negeri Sarawak yang dianjurkan bertujuan mengiktiraf belia atau pelatih dari mana-mana institusi TVET di Sarawak yang mempunyai kemahiran yang unggul dan berpotensi untuk mewakili Sarawak ke pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan atau peringkat yang lebih tinggi lagi seperti World Skills Malaysia Belia (WSMB), ASEAN Skils Competition (WSC).

WMS2017 adalah satu pertandingan kemahiran untuk meningkatkan kekompetenan dan daya saing dikalangan pelatih institusi latihan kemahiran awam, swasta dan industri. Dengan adanya pertandingan ini, pelatih dapat bersaing secara sihat untuk menunjukkan kemahiran yang dimiliki di samping mendapat pengiktirafan dan ganjaran yang ditawarkan.

WMS2017 adalah anjuran bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sarawak bersama Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak.

Kami juga berbangga dengan peserta daripada IKM Kuching yang diwakili oleh 4 orang pelajar, iaitu Iqmal Danial bin Dahli, Sol Campbell anak Lingo, Mohammad Ramzi bin Rosdi dan Faiz bin John sebagai peserta bidang bricklaying bertanding diperingkat pra kelayakan WMS 2017 yang sedang berlangsung.

Agi Idup Agi Ngelaban!

Paparan Facebook