Addictive Manufacturing Research and Innovation Centre

KKTM Kuantan, Pahang

Tentang AMRIC

Addictive Manufacturing Research and Innovation Center (AMRIC) ditubuhkan pada Mei 2013. Inisiatif yang diilhamkan oleh  pihak pengurusan KKTM Kuantan bertujuan untuk memberikan servis penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada industri luar dan universiti di sekitar Kuantan, Pahang. Jaringan kerjasama ini melibatkan pihak industri seperti: SAPURA, SIRIM Berhad, Nestari Resources Sdn. Bhd. Materiliase (M) Sdn. Bhd. serta universiti-universiti tempatan seperti UMP, UTM, USM, UTHM dan sebagainya. Perkembangan jaringan ini telah banyak dibantu oleh Universiti Malaysia Pahang.

AMRIC merupakan 'One Stop Centre' untuk R&D dan 'Small Series Production'yang membantu usahawan menghasilkan produk berskala kecil. Sistem AMRIC menawwarkan kepelbagaian teknologi 3D Printing dengan penggunaan bahan komposit, plastik dan metal atau logam.


Tunjang utama struktur sistem AMRIC

1. Rapid Manufacturing
2. Rapid Tooling
3. Reverse Engineering
4. Rapid Prototyping

Terdapat lebih daripada 10 jenis 'Industrial 3D Printer' yang ditawarkan kepada pelajar KKTM Kuantan dan perkhidmatan serta konsultasi kepada industri luar dalam bidang teknologi tinggi seperti Bioperubatan dan Aeroangkasa. AMRIC dikendalikan oleh pensyarah KKTM Kuantan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman serta mampu untuk memberi khidmat nasihat kepada pihak luar.

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

MOBILE APPS

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search