CYTRON

IKM Sik, Kedah

Program CYTRON di IKM Sik, Kedah

IKM Sik telah memperkasakan jaringan kolaborasi strategik dalam meningkatkan promosi terhadap teknologi elektronik yang mendapat tempat dalam industri global masa kini.

Bidang robotik dikenalpasti berupaya menarik minat golongan belia. Justeru, kerjasama dengan CYTRON Technologies yang terkenal dalam kepakaran teknologi robotik terjalin pada Februari 2015.

Pencapaian bagi program CYTRON ini

CYTRON - IKM Sik telah diiktiraf sebagai 'Authorised Training Centre' bagi produk 'Educational Robot Kit' dari segi membudayakan konsep pembelajaran yang berkesan. Program ini mempromosikan 'Educational Robot Kit' kepada institusi pendidikan sebagai salah satu kaedah penyampaian yang mudah dalam pengajaran dan pembelajaran (PnP). Informasi dan kepakaran yang terkini turut diperolehi daripada CYTRON Technologies menerusi kursus, seminar serta khidmat pengajaran berkaitan bidang Microntroller, Robotik dan Automasi.

Program ini membuka peluang kepada golongan profesional, pelajar, industri dan individu yang berminat dan berdaya saing kreatif untuk merekabentuk dan memprogram robot.


HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

MOBILE APPS

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search