International Welding & Inspection Certification Centre

IKM Jasin, Melaka

IWICC

International Welding & Inspection Certification Centre atau IWICC yang terletak di Institut Kemahiran MARA (IKM) Jasin, Melaka merupakan pusat pentauliahan persijilan antarabangsa bagi bumiputera. Penubuhan IWICC pada tahun 2011 adalah hasil usahasama di antara MARA dan The Welding Institute (TWI) United Kingdom.

Pelaksanaan dan tadbir urus IWICC adalah di bawah seliaan sepenuhnya oleh pihak MARA. Pelajar yang mengikuti pengajian di IWICC adalah terdiri daripada graduan IKM dan juga pekerja dari sektor industri kimpalan, minyak dan gas serta aeroangkasa.

Kursus-kursus dilaksanakan oleh IWICC

Kursus-kursus yang dilaksanakan di bawah 3 program utama iaitu Welding Inspection, Non-Destructive Testing Inspection dan Painting Inspection.

1. Welding Inspection 
CSWIP 3.0 - Visual Welding Inspector
CSWIP 3.1 - Welding Inspector
CSWIP 3.2 - Senior Welding Inspector

2. Non-Destructive Testing Inspection

3. Painting Inspection - B-Gas Painting Inspector Grade 3/2

Setelah lebih 5 tahun penubuhan, IWICC kini menjadi pilihan utama sebagai pusat latihan dan persijilan antarabangsa bagi pekerja-pekerja sektor industri kimpalan. IWICC juga terbukti mampu menaiktaraf kualiti kerja dan kompetensi tenaga mahir bumiputera dalam persijilan antarabangsa melalui kursus-kursus yang ditawarkan.

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

MOBILE APPS

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search