i-RITSC

i-RITSC KKTM Ledang ditubuhkan pada awal tahun 2015, dalam usaha memantapkan kemahiran dalam bidang bioperubatan selain daripada pengajian diploma sedia ada. Pusat kecemerlangan ini membantu dan menyediakan latihan , khidmat penyelenggaraan dan perundingan keselamatan untuk sistem radiologi dan pengimejan.

i-RITSC juga bertujuan memberikan pendedahan dalam persekitaran sebenar industri bioperubatan terutama dalam bidang radiologi dan pengimejan. Di samping itu, i-RITSC menjadi platform dalam bidang teknousahawan di mana produk dan kepakaran keluaran KKTM Ledang dapat dikomersilkan. Fokus utama adalh latiahan, khidamat penyelenggaraan dan perundingan keselamatan dan perlindungan sinaran.

Pusat ini menawarkan khidmat latihan dan penyenggaraan peralatan radiologi dan pengimejan seperti mesin x-ray umum(general x-ray), x-ray mudah alih (mobile x-ray), x-ray lengan C (C arm x-ray) dan mesin ultrabunyi (ultrasound). Pusat kecemerlangan KKTM Ledang ini bakal beroperasi sebagai pusat latihan bertauliah Pegawai Perlindungan Sinaran(RPO). Khidmat penyelenggaraan berjadual bagi peralatan radiologi juga disediakan bagi memastikan peralatan radiologi dalam berkeadaan baik dan optimum untuk digunakan.
 
Objektif utama pusat kecemerlangan ini adalah untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dan berjaya didalam bidang penyelenggaran peralatan radiologi dan pengimejan mahir serta berintegriti. Pusat ini juga bertujuan membantu dalam perundingan sistem keselamatan dan perlindungan sinaran.

 

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

MOBILE APPS

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search