LabVIEW Academy

MJII, Selangor

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh LabVIEW Academy

LabVIEW Academy menyediakan pakej kurikulum untuk kursus yang memenuhi keperluan kredit dan kursus jangka pendek di MJI. LabVIEW Academy merupakan platform bagi mendapatkan pengetahuan dan kemahiran perisian LabVIEW. Selepas menamatkan program ini, pelajar akan mendapat pengetahuan dan kemahiran menggunakan alat-alat serta berpeluang untuk menduduki peperiksaan Certified LabVIEW Associate Developer (CLAD).

Melalui LabVIEW Academy, institusi dan pelajar dapat mengembangkan rangkaian mereka ('sosial network') dengan komuniti pelajar-pelajar, fakulti/institusi dan golongan profesional lain yang menggunakan aplikasi LabVIEW.

Matlamat MARA ke arah Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)

1. Pengiktirafan Institusi
Institusi akan menerima pengiktirafan secara rasmi daripada National Instruments.

2. Kurikulum berasaskan Industri
Institusi mendapat akses kepada kurikulum LabVIEW Teras 1 dan 2 yang dikhaskan untuk kepentingan industri sahaja.

3. Peralatan Standard Industri
Pelajar akan didedahkan kepada alat standard industri juga berupaya menggunakan peralatan National Instruments (NI) untuk menyelesaikan dan menerokai cabaran-cabaran di dalam industri kejuruteraan.

4. Pensyarah Profesional
Program LabVIEW Academy ini hanya boleh dikendalikan oleh Pensyarah Profesional (Certified Trainer) yang mempunyai pengalaman dan sijil CLAD yang disahkan.

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

MOBILE APPS

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search