Toyota Technical Education Program

KKTM Masjid Tanah, Melaka

Tentang T-TEP

Kolaborasi strategik di antara UMW Toyota Motor dengan MARA bermula sejak tahun 1991 di bawah Toyota Technical Education Program (T-TEP). Ia adalah sebahagian daripada objektif Toyota Motor Corporation. Japan yang bertujuan menyokong aktiviti pengambilan pekerja-pekerja baru dari institusi kemahiran tempatan ke dalam rangkaian servis UMW Toyota di seluruh negara.
Sehingga kini terdapat 4 institut MARA yang diserap di bawah T-TEP iaitu IKM Lumut, IKM Kuching, IKM Jasin dan KKTM Masjid Tanah. Di antara sumbangan kepada 4 institusi tersebut termasuk simulasi enjin dan komponen seperti brek, bantuan pembelajaran elektrik dan elektronik dan barang-barang komponen kenderaan Toyota termasuklah yang berkaitan dengan teknologi Hybrid.



Skop kerjasama MARA dan UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. merangkumi:

1. Menyediakan bahan-bahan latihan dan peralatan yang berkaitan dengan teknologi terkini automotif Toyota mengikut modul latihan di institut T-TEP
2. Melaksanakan latihan penggunaan peralatan untuk pensyarah seperti peralatan simulasi ataupun manual peralatan pembelajaran
3. Latihan asas juruteknik Toyota juga diberikan kepada pensyarah program automatif khasnya
4. Peluang 'On Job Training' (OJT) di Pusat Servis Toyota untuk para pelajar
5. Memperkenal, mempromosi dan mendedahkan teknologi automotif terkini di institusi T-TEP

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

MOBILE APPS

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search